
Kita hidup dekat dunia ni, bukan seorang je, tapi ramai orang. Bila dah ramai orang, banyak lah jugak hati. Bila dah banyak hati, banyak lah ragam. Bila dah banyak, hah dah takyah nak banyak² lagi dah. Cukuplah banyak yang dah ada tu.
Sepanjang 20 tahun aku hidup, banyak dah ragam orang yang aku tengok. Masam manis masin pahit semua aku dah tengok dengan secukup rasa. Hati perasaan ni tak boleh nak buat main, lagi² yang kes sensitif macam aku, haa memang susahlah. Sebab tu orang kata cakap siang intai², cakap malam suluh². (Aku reka je)
Contohnya, kita ada 2 orang yang kita sayang. Kita bagi nama dia A dan B. Bila kita lebihkan A, yang B nanti terasa. Macam tu jugak lah sebaliknya. Bila kita rapat and gelak² bila dengan B, Apulak terasa. Bila fikir balik, memang susah kan nak jaga hati semua orang dalam masa yang sama?
Macam tu jugak lah bila A dan B gaduh, kita xtau kat side mana kita patut ada. Kalau takde dekat side dia ni, takut yang lagi satu fikir lain. Haa faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan?
Tapi kan, sejak aku habis sekolah, dilema tu tinggal macam tu je macam mana aku tinggalkan sekolah. Bila aku dah smbung study, campur dengan orang² yang lagi tua dari aku maksudnya, aku jadi lebih matang. Bila dorang bercerita pasal itu dan ini, aku dengar lepastu jadikan pengajaran kalau ada pengajaran. Serious, aku tak tipu.macam² pengajaran aku dapat.
Bila orang cakap pasal jaga hati dan perasaan ni kan, bagi aku senang je. Kalau orang tu jaga hati dan perasaan aku, aku akan jaga hati dan perasaan dia. Kalau tak, byebye je lah. Lagi satu,aku cukup benci orang yang depan aku buat baik, tapi belakang aku bersusah payah buat taik. AKU BENCI !
ANDA MAHU SHARE?










