Saturday, April 24, 2010
Assalamualaikum
Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya ,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.
Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.
Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.
Tolong ye ingatkan saya..
ANDA MAHU SHARE?
inspirasi hati
Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia?
Yang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia?
Yang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
ANDA MAHU SHARE?
Thursday, April 22, 2010
RINTIHAN SI ANAK
Didalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
belaian kasih sayang
Ku jaga kau dihari tuamu
Andai panjang usiaku
Namun hanya harapan tanpa suara
Didunia Cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Dibiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yg serakah
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Ku jaga kau dihari tuamu
Andai panjang usiaku
Namun hanya harapan tanpa suara
Didunia Cuma seketika
Jasad kaku dialuti kertas usang
Dibiar bagaikan sampah yang terbuang
Dimanakah ibu dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yg serakah
ANDA MAHU SHARE?
harapan ank
"uweks..uwek.." adik mula terdengar sesuatu yang xpernah adik dengar..adik mula bergolak-golak di suatu tempat yang adik rase tenang dan nyaman..adik berpusing-pusing dan menari-nari..owh seronok nya..adik mahu sentiasa begini..tapi kenapa adik dengar bunyi tu lagi..adik mula duduk diam-diam di suatu sudut..dah hilang bunyi tu..adik dgr suare kasar ckp.."i love u dear.."adik rase itu suara papa adik!ye suara papa..adik nak tgk papa..selepas beberapa ketika adik dengar suara halus berkata.."i love u too dear..tp knapa i muntah-muntah..jangan-jangan..."eyh itu suare ibu!suara ibu adik..minta maaf ibu..adik buat ibu muntah..adik tak pusing-pusing da adik duduk senyap-senyap ye ibu..adik sayang ibu.. hehe adik dah tak dengar ibu ckp apa..sebab adik terlalu gembira..adik ada ibu..adik ada papa..seronok nya..
adik tengok diri adik sekarang..adik da ada tangan!!adik da boleh pegang rahim ibu..adik da makin besar..adik dengar ibu ckp.."u..mcm mana ni,baby ni mcm mana.."kemudian adik dengar papa cakap,,"i xda duit la..bia je la.."adik hairan la..ibu macam tak suka adik..tapi dia tak cakap pon..adik selalu dengar ibu nangis..kesian ibu..kenapa ibu nangis..ibu tak dengar bila adik tanya..ibu..adik minta maaf kalo kehadiran adik membuat ibu nangis..tapi ibu dengan papa yang mengalu-alukan kedatangan adik dulu..adik suke dengar suara ibu bermanja dengan papa..adik pon nak rase ibu manja-manja an adik..adik nak tgk muka ibu..seronoknya..ibu..adik nak makan yang buah masam-masam tu..sedap nya..adik dengar ibu suruh papa cari..tapi papa marah-marah cakap menyusahkan..adik terus diam..adik tahu papa marah adik..tapi ibu...urm bia la..
adik tengok diri adik..adik da makin besar..adik da ada rambut..adik teput-tepuk rahim ibu..tapi ibu jerit-jerit marah adik..ibu cakap ibu tak suka adik..betul ke ibu benci adik..dulu papa benci adik..sekarang ibu pun benci adik..apa salah adik..adik xtahu apa-apa..ibu jangan marah adik..adik minta ampun kalo adik buat salah..tapi salah apa yang adik da buat..ibu adik nak ibu belai adik..sebab bila besar adik nak jaga ibu..adik nak jadi anak soleh..nanti dekat akhirat adik boleh tolong ibu..ibu jangan marah adik ye..
ibu!!adik xsabar nak lihat muka ibu..adik dengar suara papa..ibu, adik nak keluar..adik nak tengok dunia luar..ibu sabar ye..adik keluar elok-elok..adik xnak ibu sakit..eyah..eyah!!yeah..akhirnya..adik dapat lihat dunia..adik keluarkan suara adik..adik gembira..tapi mana ibu??ibu tak nak cium adik ke?adik sejuk..ibu xnak peluk adik ke..ibu..adik dahaga..adik nak susu ibu..tangan kasar pegang adik kuat-kuat..papa ke?papa..adik sakit papa..papa jangan buat adik macam ni..papa balut adik dengan kain..terima kasih papa..adik sayang papa..tapi adik nak ibu peluk adik..kenapa xde orang azan kat adik??papa cepat la azan..adik nak dengar..eh!papa!!kenapa papa tinggal adik kat sini??papa!!adik nak papa..
adik sakit..banyak semut gigit adik..kenape semut gigit adik..jangan la..adik sakit..papa kenapa tinggal adik..ibu..adik sejuk..adik lapar ibu..sampai hati ibu..adik tahu adik memang tak dirai..tapi apa dosa adik..adik dah tak tahan dah..badan adik sakit..sesungguhnya adik gembira dapat melihat ibu,papa dan dunia..walaupun sementara..adik sedih kenapa adik tak diterima..tak apa..adik akan pergi jauh meninggalkan dunia..ke tempat yang lebih damai..ibu,papa renungkan lah apa yang ibu dan papa lakukan..sesungguhnya adik tidak berdosa...
* Fikirlah setiap langkahmu... Moga dpt manfaat...
~ Mewakili baby2 yg xbersuara...
ANDA MAHU SHARE?
Subscribe to:
Comments (Atom)








